Wednesday, November 19, 2014

LAWATAN, MASAKAN DAN RESEPI PILIHAN

SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGUIBU : JOM MEMASAK....


Blog  CikguIbu
Jom memasak...


Sunday, 16 November 2014
LAWATAN KE MOM'S LAKSA CAFE MATANG,KUCHING
“Sebagai satu ‘Signature Dish’ dibumi Kenyalang, laksa Sarawak boleh ditemui dalam buku menu mana-mana restoran ataupun gerai makan di seluruh negeri Sarawak. Namun apabila memperkatakan mengenai laksa Sarawak yang terbaik nama Mom’s Laksa acap kali disebut-sebut oleh penduduk tempatan, khususnya di bandar raya Kuching. Ya, memang benar masih terdapat laksa Sarawak lain yang tidak kurang hebatnya tetapi Mom’s Laksa telah berjaya meletakkan jenamanya dalam kelas tersendiri apabila menggondol tempat kedua dalam anugerah ‘Fabulous Food’ 1 Malaysia anjuran Kementerian Perlancongan dalam kategori laksa pada tahun 2009.”


Pada kali ini, saya berkesempatan menemui pemilik bagi Mom’ s Laksa Cafe yang bertempat di Taman Lee Ling, Matang, iaitu Suzanna Jamali. Beliau sebenarnya merupakan anak kepada individu disebalik kejayaan Mom’s Laksa iaitu Hadiah Yak, yang merupakan pencipta resepi bagi Mom’s Laksa . Pada masa yang sama saya turut bertuah kerana dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang  Mom’s Laksa Cafe melalui pekerja mereka. Mereka sememangnya agak ramah dengan pelanggan. Mungkin itu yang menyebabkan cafe tersebut acap kali menjadi buah mulut orang ramai. 
Mom’s Laksa Cafe di Matang mula beroperasi pada tahun 2011. Ianya di usahakan oleh pemilik nya sendiri iaitu Suzanna Jamali dengan pekerja-pekerjanya sendiri. Bagi operasi hariannya pula, Mom’s Laksa Cafe akan mula beroperasi pada pukul 06.50 a.m dan akan tamat operasinya pada pukul 05.00 p.m.
Menu  istimewa yang terdapat di Mom’s Laksa Cafe mestilah laksanya yang agak enak. Terdapat 2 jenis menu laksa iaitu, laksa istimewa dengan harga RM 7.00 dan laksa biasa dengan harga RM 5.00. Walaupun terdapat menu yang lain, laksa merupakan menu yang sangat istimewa di Mom’s Laksa. Ianya sangat sinonim dengan nama kedai itu sendiri.
Kejayaan Mom’s Laksa Cafe sangat bergantung kepada usaha pemiliknya sendiri bagi mengetengahkan hasil menu mereka kepada khalayak umum. Justeru itu, Mom’ s Laksa tidak hanya tertumpu pada masyarakat Melayu sahaja, sebaliknya, ianya mampu menjadi tumpuan dari semua masyarakat di Sarawak dan juga di Semenanjung Malaysia. Mom’s Laksa juga mempunyai cawangan di tempat lain, antaranya di Jalan Istana dimana ianya merupakan cawangan yang pertama sekali ditubuhkan,  di Tupong, dan di Gita iaitu yang terbaharu. Justeru itu, tidak mustahil bagi Mom’s Laksa untuk berdiri sama tinggi dengan Restoran-restoran yang terkemuka di Malaysia pada masa akan datang.
     Akhir kata dari saya, saya sangat berterima kasih dengan layanan yang telah diberikan oleh pekerja-pekerja dan juga pemilik Mom’s Laksa Cafe kepada saya. Dengan bantuan dan juga Menu yang telah disediakan, saya telah berpuas hati terhadap layanan di Mom’s Laksa Cafe. Pada masa yang sama, saya berharap anda juga berpeluang untuk merasa sendiri keenakan Laksa dan layanan baik yang terdapat di Mom’s Laksa Cafe. 


Resepi Laksa Sarawak


MOM’S LAKSA


BAHAN-BAHANNYA:
  • Paste laksa Sarawak {100 gram} untuk makan 5,6 orang
  • Ayam 1/2 ekor { direbus }
  • Udang 1/2 kilo { direbus }
  • Santan segar  { ½ kg }
  • Sebungkus bihun { 300 gm }
  • Telur 3 biji
  • Taugeh
  • Limau kasturi
  • Belacan
  • Cili Padi
CARA-CARA MEMBUATNYA:
~ Kuah ~
  • Rebus ayam dan udang menggunakan separuh air dalam periuk .
  • Rebus udang sehingga kemerahan, angkat, tos dan ketepikan..
  • Masukkan paste laksa sarawak ke dalam air rebusan tadi
  • Rebus ayam bersama paste tersebut sehingga masak, angkat ayam tersebut, tos dan ketepikan .
  • Masukkan santan segar dan masak dengan api perlahan sehingga menggelegak .
~ Bihun ~
  • Rebus bihun dengan air yang menggelegak sehingga lembut.jangan terlalu lama, tos  dan ketepikan
~ Telur Dadar ~
  • Pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk,
  • Masukkan garam dan sedikit ajinomoto
  • Gorengkan telur tadi dengan sedikit minyak di atas non stick pan
  • Potong halus, potong dan ketepikan
~ Ayam Racik ~
  • Ayam yang telah direbus diracik halus-halus dan ketepikan
~ Udang Rebus ~
  • Ketepikan untuk dihidang
~ Limau Kasturi ~
  • Dipotong dua dan dibuang biji
~ Sambal Belacan ~
  • Tumbuk cabai burung dalam 10 biji,
  • Masukkan belacan
  • Lepas tu perah limau kasturi ke dalam bancuhan tersebut sehingga bancuhan sambal belacan menjadi basah


Selamat Mencuba & Menjamu Selera


Mee Ayam
BAHAN-BAHANNYA:
  • 500 gm - Isi dada ayam(dicincang halus)
  • 6 ulas - Bawang Putih*
  • 8  biji - Bawang Merah *                 * kisar halus
  • 3 inci - Halia*
  • 200 gm - Cendawan Butang(dipotong nipis)
  • 1 kg - Mee Kolok
  • 2 sudu kecil - Minyak bijan
  • 4 sudu makan - Kicap Cair
  • Minyak secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng


CARA-CARA MEMBUATNYA:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan isi ayam kisar dan biarkan seketika sehingga keluar airnya.
  • Selepas itu masukkan cendawan, kicap cair, serbuk perasa dan sedikit garam.
  • Masak sehingga airnya betul-betul kering dan angkat serta ketepikan.
  • Masak air dan biarkan betul-betul mendidih untuk mencelur mee kolok.
  • Akhir sekali gaulkan mee kolok bersama bahan yang telah dimasak tadi.


Perencah Minyak Dan Bawang Goreng           Isi Ayam yang telah dimasak






Selamat Mencuba!


RUMUSAM MODUL 1
Pengurusan Ruang Kerja

Peraturan keselamatan dalam makmal/bengkel masakan merangkumi keselamatan di ruang kerja, keselamatan penggunaan pisau, keselamatan mengelakkan dari melecur, keselamatan daripada kebakaran, keselamatan menggunakan mesin atau peralatan, keselamatan daripada jatuh dan keselamatan daripada terkehel atau terseliuh. Berikut antara perkara-perkara yang perlu dipraktikkan semasa berada dalam makmal/bengkel untuk menjamin kurangnya kes-kes kemalangan.
  • Ciri-ciri keselamatan ini hendaklah dipraktikkan agar kemalangan tidak berlaku.
  • Tenaga pengajar perlu memberi penekanan terhadap keselamatan di dalam makmal/bengkel masakan.
  • Penerangan yang jelas penting supaya para pelajar dapat memahami peraturan yang perlu diikuti serta mempunyai pengetahuan tentang penggunaan alatan atau mesin di dalam makmal/bengkel.
Pengurusan ruang kerja dalam makmal/bengkel sangat penting untuk memastikan persekitaran sentiasa yang bersih dan ceria. Keadaan tempat yang bersih penting bagi pengendali makanan. Konsep kebersihan 5 S iaitu seiri, seiton, seiso, seiketsu, dan shishuke boleh diterapkan  dalam bengkel/makmal masakan. Kemalangan kadangkala tidak dijangka akan berlaku walaupun seseorang itu mempunyai sijil kelayakkan mengendalikkan sesuatu alatan. Walau bagaimanapun ciri-ciri keselamatan  dalam makmal/bengkel harus diberi penekanan yang tinggi agar kemalangan dapat dikurangkan atau dicegah.
Kemalangan yang biasa berlaku di dalam makmal ialah seperti luka, melecur, terkehel, pengsan dan kebarakaran. Ilmu mengenai pertolongan cemas membantu mengurangkan kecederaan berlarutan sebelum seseorang itu di hantar ke hospital atau klinik berdekatan.


PETUA MEMASAK CikguIbu
  1. Nasi Mentah


  • Isikan air panas dalam mangkuk tahan panas dan buat lekuk pada bahagian tengah nasi dan letakkan dalam periuk. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkan atas api yang perlahan sehingga nasi masak.


  1. Lauk terlebih masin


  • Ambil daun pisang dan cuci terlebih dahulu. Masukkan dalam masakan yang masin. Insya Allah masakan tersebut tidak lagi masin.


  1. Hilangkan lemak ayam
  • Lumurkan ayam dengan tepung gandum dan rendamkan seketika kemudian cuci bersih sebelum dimasak.


  1. Udang tahan lebih lama
  • Udang yang disimpan dalam peti sejuk akan menjadi hitam pada bahagian kepada dan kulitnya. Campurkan udang dengan perahan air limau nipis dan Isnya Allah udang akan sentiasa segar walaupun disimpan beberapa hari.


  1. Menghilangkan gatal sayur keladi


  • Masukkan pelepah pisang yang dikerat sepanjang 1 inci dalam masakan sayur keladi tadi. Insya Allah tidak lagi gatal dan lebih sedap.


6. Elak tauhu melekat pada kuali


  • Tauhu yang digoreng cenderung melekat pada kuali. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu tidak melekat lagi.

3 comments:

  1. mantap cekgu.. resep masakannya. trimakasih
    buku masakan

    ReplyDelete
  2. Stainless steel plexiglass head - TitaniumArts
    › materials › head-thread › titanium- micro touch titanium trimmer2016 ford fusion energi titanium materials › head-thread titanium network surf freely › titanium- Tagged: Stainless steel plexiglass titanium dive knife head titanium fitness - titanium_arts. Type: Steelhead # Stainless Steelhead.

    ReplyDelete